BAHAN-BAHAN
50 g rempah opor. ( kalau tak ada ketumbar, jintan manis, jintan putih disangai dan ditumbuk)
1 kg daging ( orang Pahang guna daging kerbau)- potong besar2
1 mangkuk santan
2 sudu kerisik ( lagi byk lagi sedap sebenarnya)
1 labu bwg besar-belah 4
1 btg serai ketuk
air asam jawa
minyak masak
garam
gula/ nissan
lengkuas - ketuk ( dalam 1 inci)
garam
bahan A-blend
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( nak hiris nipis pun boleh)
3-5 sudu cili kering mesin
bahan B( 4 sekawan tu ler)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
CARA-CARA
1. tumiskan bahan B dengan minyak masak sehingga wangi
2. Campurkan bahan A dan tumis bersama bahan B hingga garing.
3. masukkan daging/ayam, air asam jawa, serai dan bawang besar..biarkan mendidih
4. masukkan santan kelapa , garam, gula/nisan/gula melaka secukup rasa, masak dgn api yg sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.perisakan secukup rasa.
5.masukkan kerisik dan kacau sebati. biarkan hingga agak pekat..sedia untuk dihidangkan.
KUMPULAN RESIPI SEDAP DAN MENYELERAKAN
Di sinilah aku mengumpul resipi untuk rujukan dan panduan untuk hobi memasak yang menjadi pemangkin kenaikan berat badanku...hihihi